Tuesday, December 14, 2010

BILA GURUN MENANTI HUJAN...

Tahu Gurun dirinya tanah yang luas, tempat dihamburkan kesengsaraan. diguna nama dalam puisi dalam cerpen lambang jiwa manusia yang ketandusan, gurun Redha gurun sedia..sedia dianggap tanah yg penuh kekecewaan. kadang gurun lari bersembunyi di balik ufuk terbentang, dimanakah hujan? dimanakah keredupan agar dapat saja aku menghilangkan kekeringan, kegersangan yang sering dianggap penderitaan…
Hujan hampirilah aku, hujanilah aku.. basahilah aku dengan sejuta nikmat kesejukan dan beribu rendang keredupan, mengapa engkau memilih untuk turun membasahi ladang dan taman yang sediakala sudah Bah dan penuh dengan hidupan?, yg didalam taman itu terhampar penuh seribu satu senyuman dan hilai tawa kebahagiaan, kau biarkan aku terus menjadi gurun. terus aku menjadi murung?
kicau burung hereng diatas gurun, bisikkan satu pesanan madah pada si gurun, Bersyukur lah engkau menjadi gurun, sekurang-kurang nya tiada lah penuh manusia yg sering kufur nikmat menyumpah di atas perut mu..aku telah jauh terbang di langit nan luas, terdengar rungutan dan makian.. dari manusia dan hidupan yang tidak mengerti makna kesyukuran. mengherdik hujan yg turun di tengah laman. dan melenjunkan baju di sidaian, mencomotkan indah kenderaan.. Gurun. kan lebih enak engkau redha dan terus bangga menjadi gurun.. kelak datang mampir musim teduh, hujan akan turun menyegarkan mu… di waktu itu. sungai kontang menjadi lautan, hidupan kan tumbuh melata taman…. Aku dengar orang bijak bermadah.. "Waktu dan masa menyembuhkan segala kekecewaan dan mencipta satu sejarah yg mendewasakan"
-aku mengerti sudah maksudmu si Hereng-

No comments:

Post a Comment